Pages

Monday, August 3, 2009

kenangan lalu datang kembali..

tengah hari ni bila nk masuk kelas jerman aku teringat balik segala kenangan lalu..aku pun tak tau ape kaitan kelas jerman ngan kenangan lalu aku..kebetulan kot terlintas d kepala.. entah la..aku ingat tak nak fikir sal benda ni lagi tp bila terfikir balik,aku pun tak faham kenapa aku yg yg perlu berada dlm situasi tersebut..mungkin Allah ingin menguji hambanye..sebelum aku sampai kat sini aku nk imbas balik ape yg berlaku pada masa silam aku.. aku dibesarkan dalam keluarga yg agak besar..di atas aku ada seorang kakak dan 4 orang abang..adik aku pulak ada sorang pompuan dan 5 lelaki..hidup aku memang bahagia bersama ngan keluarga aku tp aku bahagia hanya tanpa kehadiran ayahku..bukanlah aku nak memperlekeh atau memperkecilkan ayahku namun aku terpaksa mengakui bahawa hidupku sekeluarga terlalu banyak menderita kerana dia..aku tak minta dilahirkan dlm keluarga miskin tp aku pun tidak pernah menyesal dilahirkan dlm keluarga miskin..namun ape yg aku kesalkan ialah sikap ayahku terhadap kami sekeluarga..aku pun terfikir kenapa hanya ayahku tp tidak ayah orang lain..adilkah macam tu.. mungkin penderitaan aku disebabkan oleh ayahku tidak sebesar penderitaan yg ditanggung oleh ibuku..setiap kali aku mendengar ibuku merintih kisah silamnye sambil menangis aku,aku tak dapat membendung kemarahan ku terhadap orang yg telah membuat ibuku menderita selama ni..aku pun tak tau macam mane ibuku boleh menjadi begitu tabah mengharungi dugaan..